Wednesday 26 September 2012

Aurat saya maruah saya ;')





Assalamualaikum buat sahabat yang sudi membaca hasil penulisan saya dalam blog yang tidak seberapa ini. Tahukah kita apakah antara perkara yang wajib kita laksanakan dan perkara itu juga merupakan HAK ALLAH kpd kita? Iaitu "Aurat" hal demikian sangat ditekankan kepada orang islam dan paling berat aurat itu apabila hamba Allah itu adalah seorang muslimat. Wahai bakal bidadari syurga, tahulah kamu bahawa maruah kita terletak pada cara kita menutup aurat kita? Bukan sahaja dari segi pembawakan diri kita, malah cara kita berpakaian juga memainkan peranan yg sangat penting untuk menunjukkan bahawa harga diri kita sangat tinggi! 

Kesilapan manusia akhir zaman kini adalah cara mereka berpakaian, bila ada yang elok dah bertudung, diapakai pula baju berlengan pendek. MasyaAllah, ramai juga terlepas pandang akan pemakaian "STOKIN". Sedarlah wahai kaum muslimah yang dirahmati Allah, aurat seorang wanita itu adalah SELURUH BADAN kecuali TAPAK TANGAN dan MUKA, jadi agak keliru di sini. Di mana agaknya hadis yg mengatakan bahawa kaki itu bukan aurat? malah telah semua ketahui tapak tangan dan muka sahaja aurat bagi wanita.  





Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya"


Wahai manusia akhir zaman, usahlah dikau memandang sinis kepada mereka yang bertudung labuh, berstokin dan mengenakan handsock bila keluar rumah. Mereka berpakaian sebegitu kerana mereka seorang yang berjaya, berjaya melaksanakan tuntutan Allah. sesungguhnya akhlak seseorang mampu dibentuk secara perlahan-lahan melalui perubahan pakaian seseorang muslimah itu. Kepada muslimah yg berjaya menutup aurat dengan sempurna, tahniah! anda telah berjaya menjadi anak perempuan yg baik buat bapa kamu terutamanya. Teruskan, semoga istiqomah hendakNya. Jadilah mawar berduri :') Semoga dengan cara pembawaan cara berpakaian kamu mampu membantu kamu ke JannahNya. InsyaAllah.









0 comments:

Post a Comment