Monday 24 September 2012

Perlukah saya berhijrah?



Assalamualaikum, hari nie 8 Zulkaedah 1433 Hijrah. Bersamaan 24 September 2012. Ucapkan alhamdulillah tanda kesyukuran kita kpd Ilahi kerana memberi peluang untuk kita bernafas dan menikmati nikmat yg Dia telah berikan iaitu lahir dalam ISLAM :') 


Perlukah saya berhijrah? bagi mereka yang masih keliru, berhijrah apa yang saya maksudkan ini? hihi, maksud saya berhijrah dari manusia biasa menjadi hamba Allah serta dari kehidupan kita. bukan bermakna manusia itu bukan hamba Allah, tetapi adakah mereka itu sebenar benarnya hamba Allah? adakah mereka itu melaksanakan kewajipan mereka sebagai hamba Allah? amik contoh satu ialah solat Fardhu, sesungguhnya solat itu tiang agama, bila solat tidak dilaksanakan maka runtuhlah tiang agama. solat juga ibarat tali perhubungan antara kita dan pencipta kita "ALLAH" andai saja kamu meninggalkan solat secara sengaja, maka terputuslah tali perhubungan kita dgn Dia. 

Berbalik kpd tajuk utama saya tadi, tentang penghijrahan. Pendapat saya, penghijrahan dari maksud lain ialah berhijrah dari kehidupan lama kita kepada kehidupan yang baru. Dalam hidup kita nie, kita mesti nakkan sesuatu perubahan bukan? sesuatu yang berbeza. Jadi, dgn selangkah kita mencipta perubahan menjadi lebih baik dalam kehidupan kita itulah yang dinamakan hijrah dalam kehidupan :') Sebagai contoh, solat yg hanya dilaksanakan sometimes kita tukarkan menjadi full time, dari yang hanya sekadar membalut aurat berhijrah kepada menjaga dan menutup aurat mereka. Itu juga merupakan hijrah yang sangat baik. Tidak dapat dinafikan, perubahan/penghijrahan itu kadang kala menyakitkan. TAPI, dengan keberanian kita utk berhijrah itulah mengajar kita supaya lebih kuat dan sabar.




Kes ini juga akan menjadi susah utk mereka berhijrah bila melibatkan ttg persekitaran mereka. Mungkin ada yg sahabat kita hidup dalam masyarakat yang "biasa-biasa saja" malahan, bila mana keluarga mereka juga bukan dari "keluarga alim", ini juga merupakan punca bgi sahabat susah dan takut utk berhijrah. Sebenarnya semua itu bukanlah sesuatu halangan yg besar utk kita berhijrah menjadi lebih baik :') Ini sama ada kita NAK/TAKNAK saja. Bila kita dah decide nak berhijrah, kita kena tanggung risiko ttg apa yang akan kita lalui bila berhijrah, alaaa mula2 memanglah susah utk manusia menerima sesuatu yang baru. Macam kita jugalah. Mula2 bila ada sesuatu yg baru mesti kita mcm kekok dan tak biasa, tapi lama kelamaan insyaAllah dgn kuasa Allah, kita dah biasa.

Sampai bila kita nak jadi manusia akhir zaman yg leka dengan duniawi ini? takkan nak tayang aurat kita dekat bukan muhrim sepanjang hidup kita? takkan kita nak enjoy dgn hidup kita sampai solat semua ntah kemana? Sahabat, azab Allah itu tiada belas kasihan :'( Allah dah bagi kita peluang hidup di muka bumi Dia nie, maka kita laksanakanlah perintah Dia, yang paling penting SOLAT FARDHU jangan tinggal. kalau tertinggal maka segeralah qada' atau bertaubat. Taubat kita tidak akan diterima apabila nyawa kita sudah sampai di kerongkong. Selain tuh, taubat kita juga tidak akan diterima apabila matahari mula terbit di barat. Haaa masa itu kita menangis air mata darah sekalipun takde guna sahabat! Gunakan masa ini dengan mengumpul amal ibadah kita. Jangan persia-siakan hidup kita dengan maksiat. Bumi ini sebenarnya dah tak larat tampung dosa2 maksiat yg manusia lakukan. Ketahuilah sahabat, mohonlah kesabaran kpd Dia. Anda akan berasa sungguh bahagia bila anda berjaya melakukan penghijrahan menjadi lebih baik, anda akan rasa dekat dengan Allah. Jangan takut untuk berhijrah! Allah bersama kita. Allah huakbar!! 


Menangislah wahai manusia, menangislah kerana dosa-dosa mu yang bagai buih di lautan. InsyaAllah titisan air matamu mampu memadamkan api neraka Jahanam .

0 comments:

Post a Comment