Tuesday 13 November 2012

KempenTutupAurat ^^V

Ismi Yanti Sadli :'>


Muslimah-muslimah di #KempenTutupAurat ^^


Assalamualaikum, hiuhiu! Ya Allah dekat berabad jugalah saya tak update blog nie. Hmm rindunya *hug laptop. Kepada mereka yang sudi baca hasil penaipan saya di blog. eh ada ke? kalau takde pun takpe. syok sendiri pun okay :D Faktor SPM dan malas nak update membuatkan Alhamdulillahanaislam.blogspot.com ini menyepi. Okaylah nak dipendekkan cerita nie, hamba nak share sedikit tentang kenangan bersama sahabat fillah di #KempenTutupAuratDiKLCC. MasyaAllah, Allah Maha Besar. Seronok sangat dapat join Kempen nie. macam2 saya dapat and paling penting memberikan saya lebih kekuatan untuk terus istiqomah ^^ Alhamdulillah. Baiklah, saya, Natasya, Faah dan Hanny pergi naik KTM jeh ke KLCC. sanggup en? Padahal tak sedar diri yang saya nie SPM -.- Tapi yang pasti niat kami kerana Allah . bukan sbb nak lepak2 or membuang masa, ada jihad yang kami nak laksanakan di sana . Masa kami tiba di KLCC, kami sesat -,- ingatkan dalam KLCC . rupa-rupanya dekat taman. tapi dengar cerita daripada mereka yg tiba awal, terdpt beberapa kesulitan which is pak guard yg BAIK HATI tak benarkan Kempen itu dijalankan di sana, so decided buat di Masjid Al-Syakirin. Alhamdulillah. cuaca pun baik, tak hujan. 


Setibanya di sana, solat zuhur terlebih dahulu. After that, pergi makan. Hmm apa jeh eh makanan kat KLCC yg murah? Hmm mcD lah -,- haha, so kami take away mcD dan makan di taman KLCC tuh, Allahu! teringin sgt nak makan ala2 picnik, akhirnya tercapai jugak. Lepas makan, pergi balik ke Masjid dan bermulalah aktiviti "Street Dakwah" tak sangka sebenarnya diri yg masih kurang ilmu agama nie mampu menyampaikan "Street Dakwah" dekat pengunjung di KLCC tuh, walaupun dakwahnya tk seberapa. insyaAllah masih trdapat isi2. Masa nak edarkan flyers sambil berinteraksi dgn org ketak2 jugak lutut nie :3 yelah takut apalah reaction org tuh. Tapi alhamdulillah, walaupun ditolak tapi saya masih mampu senyum dan ucap 'terima kasih' , and paling takleh lupa. Saya ada nmpak 2kakak yg dtg dari Indonesia nie, mulanya saya nak edarkan flyers kat dia and terangkan sikit ttg Kempen nie, rupanya dia suruh saya tngkapkan gmbr dia ngn kwn dia kat depan KLCC. hmm K --' tapi saya ikut jelah, layan jelahhh. After tolong dia, saya pun minta dia tolong saya utk dgr sikit apa yg cuba saya terangkan . Alhamdulillah, dia terima dgn hati terbuka ttg apa yg cuba saya sampaikan ttg aurat dan #TeamHijrah. and saya suruh dia LIKE kat FB pasal Team Hijrah, hehe. Dahlah tu jelah, malas lah nak menaip. 

Tapi rumusan daripada segala cerita di atas. Saya dan kwn2 yang join tuh. Sangat2 bersyukur sebab Allah beri peluang pada kami untuk melibatkan diri dalam aktiviti2 yg bagi saya tak membuang masa :) Dan sememangnya penglibatan saya dan kwn2 adalah kerana Allah. Saya mendoakan anda semua yg masih belum join TeamHijrah nie tergerak hati nak join kay? Dan sekaligus join #KempenTutupAurat. semoga kita diberkatiNya dan mendapat ganjaran di akhirat. InsyaAllah, selebihnya Wallah hualam :>

sambil edar flyers, sambil tangkap gmbr :p
Tasya and Hanny .
'
Time nie baru pas makan Tutti Frutti. hehe

Saya batak -,- Haha!


Picnik ^^




Bersama photographer comel . hewhew~



Kak Zaqyah :')




Credit to faah ^^


Her name is Kak Safiyya. dia cantik ! dan tinggi :>


Flavour chocolate and lychee. hehe ^^


Percaya atau tidak. mereka bertiga belah kanan nie form 2 --'
Comel-comel adik akak !





Nampak tak faah nak cuba bermanja dgn saya? ;p



Bersama Hanny, Kak Nadhirah Hadi dan Tasya <3




Ye, saya mmg gembira . Lol


W/ Kak Dya mohammad. haa masa street dakwah saya ikut akak nie lah :D


Bersama akak2 dan adik baru. hihi.


She's 16 and she is engaged. Alhamdulillah :')




Buatmu wahai Salmaniah :')

 


Friday 28 September 2012

Laman Sosial.





Ada di kalangan yang mendedahkan ini melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedangkan Allah telah menutup keaiban dosa itu. Tahukah anda? terdapat dosa yang selalu anda dedahkan setiap masa dan ianya berlaku di mana-mana sahaja cuma ada segelintir yang masih tidak sedar. Jom lihat laman sosial anda, perhatikan semula gambar-gambar yang telah anda masukkan. Adakah anda yakin gambar-gambar anda itu ditutup auratnya dengan sempurna? Selepas anda jenguk gambar-gambar itu, bandingkan dengan pegertian penutupan aurat yang sebenar. Anda sudah tahu setiap lelaki yang melihat aurat wanita dengan sengaja akan berdosa! Tetapi adakah anda tahu bahwa wanita yang memperlihatkan auratnya dengan sengaja pula akan menanggung DUA KALI GANDA daripada dosa mereka iaitu dosa mendedahkan aurat dan dosa menyebabkan mereka ghairah melihat aurat anda. Nauzubillah min zalik :'( dan anda patut tahu, laman sosial ini boleh dilihat mereka pada bila-bila masa tak mengira waktu. Termasuklah semasa kita sedang tidur! 


Adakah anda rasa gaya yang dipaparkan tidak dapat mengoyahkan iman mereka? Telah jelas dalam dalam firman Allah S.W.T "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah dahulu" (Al-Ahzab:33)

Ayuh, lakukan sesuatu wahai wanita ! menekan butang 'delete' kepada gambar-gambar anda yang mendedahkan aurat. Pilihan di tangan anda :) 






Wednesday 26 September 2012

Aurat saya maruah saya ;')





Assalamualaikum buat sahabat yang sudi membaca hasil penulisan saya dalam blog yang tidak seberapa ini. Tahukah kita apakah antara perkara yang wajib kita laksanakan dan perkara itu juga merupakan HAK ALLAH kpd kita? Iaitu "Aurat" hal demikian sangat ditekankan kepada orang islam dan paling berat aurat itu apabila hamba Allah itu adalah seorang muslimat. Wahai bakal bidadari syurga, tahulah kamu bahawa maruah kita terletak pada cara kita menutup aurat kita? Bukan sahaja dari segi pembawakan diri kita, malah cara kita berpakaian juga memainkan peranan yg sangat penting untuk menunjukkan bahawa harga diri kita sangat tinggi! 

Kesilapan manusia akhir zaman kini adalah cara mereka berpakaian, bila ada yang elok dah bertudung, diapakai pula baju berlengan pendek. MasyaAllah, ramai juga terlepas pandang akan pemakaian "STOKIN". Sedarlah wahai kaum muslimah yang dirahmati Allah, aurat seorang wanita itu adalah SELURUH BADAN kecuali TAPAK TANGAN dan MUKA, jadi agak keliru di sini. Di mana agaknya hadis yg mengatakan bahawa kaki itu bukan aurat? malah telah semua ketahui tapak tangan dan muka sahaja aurat bagi wanita.  





Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya"


Wahai manusia akhir zaman, usahlah dikau memandang sinis kepada mereka yang bertudung labuh, berstokin dan mengenakan handsock bila keluar rumah. Mereka berpakaian sebegitu kerana mereka seorang yang berjaya, berjaya melaksanakan tuntutan Allah. sesungguhnya akhlak seseorang mampu dibentuk secara perlahan-lahan melalui perubahan pakaian seseorang muslimah itu. Kepada muslimah yg berjaya menutup aurat dengan sempurna, tahniah! anda telah berjaya menjadi anak perempuan yg baik buat bapa kamu terutamanya. Teruskan, semoga istiqomah hendakNya. Jadilah mawar berduri :') Semoga dengan cara pembawaan cara berpakaian kamu mampu membantu kamu ke JannahNya. InsyaAllah.









Monday 24 September 2012

Perlukah saya berhijrah?



Assalamualaikum, hari nie 8 Zulkaedah 1433 Hijrah. Bersamaan 24 September 2012. Ucapkan alhamdulillah tanda kesyukuran kita kpd Ilahi kerana memberi peluang untuk kita bernafas dan menikmati nikmat yg Dia telah berikan iaitu lahir dalam ISLAM :') 


Perlukah saya berhijrah? bagi mereka yang masih keliru, berhijrah apa yang saya maksudkan ini? hihi, maksud saya berhijrah dari manusia biasa menjadi hamba Allah serta dari kehidupan kita. bukan bermakna manusia itu bukan hamba Allah, tetapi adakah mereka itu sebenar benarnya hamba Allah? adakah mereka itu melaksanakan kewajipan mereka sebagai hamba Allah? amik contoh satu ialah solat Fardhu, sesungguhnya solat itu tiang agama, bila solat tidak dilaksanakan maka runtuhlah tiang agama. solat juga ibarat tali perhubungan antara kita dan pencipta kita "ALLAH" andai saja kamu meninggalkan solat secara sengaja, maka terputuslah tali perhubungan kita dgn Dia. 

Berbalik kpd tajuk utama saya tadi, tentang penghijrahan. Pendapat saya, penghijrahan dari maksud lain ialah berhijrah dari kehidupan lama kita kepada kehidupan yang baru. Dalam hidup kita nie, kita mesti nakkan sesuatu perubahan bukan? sesuatu yang berbeza. Jadi, dgn selangkah kita mencipta perubahan menjadi lebih baik dalam kehidupan kita itulah yang dinamakan hijrah dalam kehidupan :') Sebagai contoh, solat yg hanya dilaksanakan sometimes kita tukarkan menjadi full time, dari yang hanya sekadar membalut aurat berhijrah kepada menjaga dan menutup aurat mereka. Itu juga merupakan hijrah yang sangat baik. Tidak dapat dinafikan, perubahan/penghijrahan itu kadang kala menyakitkan. TAPI, dengan keberanian kita utk berhijrah itulah mengajar kita supaya lebih kuat dan sabar.




Kes ini juga akan menjadi susah utk mereka berhijrah bila melibatkan ttg persekitaran mereka. Mungkin ada yg sahabat kita hidup dalam masyarakat yang "biasa-biasa saja" malahan, bila mana keluarga mereka juga bukan dari "keluarga alim", ini juga merupakan punca bgi sahabat susah dan takut utk berhijrah. Sebenarnya semua itu bukanlah sesuatu halangan yg besar utk kita berhijrah menjadi lebih baik :') Ini sama ada kita NAK/TAKNAK saja. Bila kita dah decide nak berhijrah, kita kena tanggung risiko ttg apa yang akan kita lalui bila berhijrah, alaaa mula2 memanglah susah utk manusia menerima sesuatu yang baru. Macam kita jugalah. Mula2 bila ada sesuatu yg baru mesti kita mcm kekok dan tak biasa, tapi lama kelamaan insyaAllah dgn kuasa Allah, kita dah biasa.

Sampai bila kita nak jadi manusia akhir zaman yg leka dengan duniawi ini? takkan nak tayang aurat kita dekat bukan muhrim sepanjang hidup kita? takkan kita nak enjoy dgn hidup kita sampai solat semua ntah kemana? Sahabat, azab Allah itu tiada belas kasihan :'( Allah dah bagi kita peluang hidup di muka bumi Dia nie, maka kita laksanakanlah perintah Dia, yang paling penting SOLAT FARDHU jangan tinggal. kalau tertinggal maka segeralah qada' atau bertaubat. Taubat kita tidak akan diterima apabila nyawa kita sudah sampai di kerongkong. Selain tuh, taubat kita juga tidak akan diterima apabila matahari mula terbit di barat. Haaa masa itu kita menangis air mata darah sekalipun takde guna sahabat! Gunakan masa ini dengan mengumpul amal ibadah kita. Jangan persia-siakan hidup kita dengan maksiat. Bumi ini sebenarnya dah tak larat tampung dosa2 maksiat yg manusia lakukan. Ketahuilah sahabat, mohonlah kesabaran kpd Dia. Anda akan berasa sungguh bahagia bila anda berjaya melakukan penghijrahan menjadi lebih baik, anda akan rasa dekat dengan Allah. Jangan takut untuk berhijrah! Allah bersama kita. Allah huakbar!! 


Menangislah wahai manusia, menangislah kerana dosa-dosa mu yang bagai buih di lautan. InsyaAllah titisan air matamu mampu memadamkan api neraka Jahanam .

Friday 14 September 2012

Salam pembuka bicara.




Assalamualaikum, khaifa haluki? khaifa haluka? semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat2 belaka lah yee. kalau ada yang kurang sihat, anggap itu ujian dan nikmat Allah beri. semoga dosa2 kecil anda akan gugur InsyaAllah. baiklah, ini merupakan blog saya yg baru dan kecantikan blog saya nie hasil dari tangan kawan saya. Anis ^^ dia yg banyak bantu dalam mengusahakan blog baru saya nie. saya nie kuno sikit2 bab IT ni, hukhuks :'(  Masih tiada cerita lagi untuk dikongsikan, sebab saya nak buat intro jeh nie. taknak campur adukkan intro dengan cerita, tak syiok lah xD 

By the way, Nama saya cukuplah anda kenali sebagai Yanti Sadli. saya seorang muslimah, which is saya perempuan islam. perempuan islam yang baru berhijrah, dan masih sedang berhijrah untuk menjadi yang lebih baik buat selamanya. insyaAllah ^^v mungkin dari segi penulisan saya, agak skema. TAPI! saya taklah skema mana, dan saya tidaklah seorang perempuan muslimah yang seorg lemah lembut. Tapi jangan ingat tiada kelembutan nie saya bukan seorang yg rendah harga diri saya. saya akan dan pasti menjaga maruah saya walaupun diri ini gila2 -,- 


Seperti yang kita semua tahu. dunia ini bukanlah untuk keseronokan semata2, dunia ini bukan utk kita bebankan dengan maksiat. Allah S.W.T telah menciptakan kita dan hidup di dunia ini untuk beribadah kpdNya, untuk mengumpul amal kebaikan kita dan seterusnya diberi ganjaran Syurga, masyaAllah sahabat! Nikmat syurga itu terlalu lalu indah :



')