Friday 28 September 2012

Laman Sosial.





Ada di kalangan yang mendedahkan ini melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedangkan Allah telah menutup keaiban dosa itu. Tahukah anda? terdapat dosa yang selalu anda dedahkan setiap masa dan ianya berlaku di mana-mana sahaja cuma ada segelintir yang masih tidak sedar. Jom lihat laman sosial anda, perhatikan semula gambar-gambar yang telah anda masukkan. Adakah anda yakin gambar-gambar anda itu ditutup auratnya dengan sempurna? Selepas anda jenguk gambar-gambar itu, bandingkan dengan pegertian penutupan aurat yang sebenar. Anda sudah tahu setiap lelaki yang melihat aurat wanita dengan sengaja akan berdosa! Tetapi adakah anda tahu bahwa wanita yang memperlihatkan auratnya dengan sengaja pula akan menanggung DUA KALI GANDA daripada dosa mereka iaitu dosa mendedahkan aurat dan dosa menyebabkan mereka ghairah melihat aurat anda. Nauzubillah min zalik :'( dan anda patut tahu, laman sosial ini boleh dilihat mereka pada bila-bila masa tak mengira waktu. Termasuklah semasa kita sedang tidur! 


Adakah anda rasa gaya yang dipaparkan tidak dapat mengoyahkan iman mereka? Telah jelas dalam dalam firman Allah S.W.T "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah dahulu" (Al-Ahzab:33)

Ayuh, lakukan sesuatu wahai wanita ! menekan butang 'delete' kepada gambar-gambar anda yang mendedahkan aurat. Pilihan di tangan anda :) 






0 comments:

Post a Comment